Wednesday, March 17, 2010

knp lh mcm ni

knp mesti begini
inginku buang nama mu jauh dri sudut hti ku ini
tp knp semakin lme ingin ku buang semakin dekat ko menghampiri aku
bla aku buka kembali hti ku untuk kmu knp kmu wat xreti
kmu skiti hti sy
kmu ckp kmu xsyg sy tp knp lyn sy seolah2 kmu caring kt sy
adekh kmu cume nk ambil kesemptn diats perasaan ku ni terhdpmu
lau bnci ktekn bnci....
tidak aku mggnngu drimu lg
lau syg ktekn syg
tidak aku ternanti-nanti

Monday, March 8, 2010

hehehehe

xthulh nk ckp pe...tgh dmm
xdpt nk muntahkan segala kte2 yg terbuku kt hti ku ni skrg...
tgulh aku sht k...
hahahhahaha

Monday, March 1, 2010

CINTA

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.
Kita diberi peluang untuk menilainya dan
pergunakanlah peluang yang diberi dengan
sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah.
Seindah waktu ia diciptakan.

Cinta itu aneh.
Sukar untuk ditafsirkan.
Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan.
Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang.
Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya.
Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Dan perpisahan itu sungguh menyakitkan.

Manusia kadang kala lupa, cinta adalah
syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan.
Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati,
ibarat rumah kosong tanpa penghuni.

Mungkin benar tatkala kita kehilangan cinta barulah kita menyedari.
Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti.
Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang
sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar
makna dan erti seseorang bagi kita.

Cinta…Jika anda memilikinya,
anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain.
Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang
lain yang anda miliki tidak banyak bererti.

Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya.
Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan.
Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu,
telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.

Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan
semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia,
memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan.

Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat
menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati,
menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita.
Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan
dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan
pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.

Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,
mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?
Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu
semakin sukar utk dimiliki?
Cinta umpama kota kristal,
indah di penglihatan , derita di perasaan….

Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain,
tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.